
|
AinaJUJU♥ ![]() Assalamualaikum.Hi . Eheem ehemm . Test test . Okay . Welcome to my dear vlog :) Dont forget to follow me yaa Honey , I LOVE YOU |
Hi Bloggers !
Harini nak cakap fasal apa yaa ? Oh okay . Hari ni hari Jumaat :) Today I get up late ! HAHA . Relax . Rush gila aku pagi tadi . Adoih . Pergi sekolah macam biasa .Masuk kelas belajar macam biasa . Cikgu Nik denda ramai orang kot harini . Haha . Biasa lah . Ada saja yang tak kena . Aku kena buat syarahan dekat depan kelas ! Alahai *malu*
Lepas tu kelas Geografi with Cikgu Sani . Dia bagi apa tah . Aku dah lupa . Seriously lupa gila gila gila ! HAHA.Oh ya ! Dia ajar sumber tenaga . Ohkay . Kuprum lah . Kaolin lah . Batu kapur lah . Arang batu lah .Ish ! Banyaklah ! Seperti biasa . Aku akan usya semua orang dalam kelas ! HAHA . Terutamanya FH la kan ? HAHA .Kiddin .
KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG ~
Loceng dah berbunyi tandanya jam 10.10 pagi ! Yeay ! Semangat betul nak rehat . HAHA . Rehat aku pergi koop dengan gulfie aku , MARSYA . Then aku beli chocolate yang tak berapa nak se tu .Lepastu pergi masuk bilik masakan unuk masa Seni . Cikgu Hayati tak larat nak naik tangga tinggi . Tu la dia suruh kami turun.
Seni hari ni tak lukis . Bukan sebab tak bawak buku ka apa , cikgu sibuk buat soalan exam . Kesian cikgu kan ?Muka dia berkerut gila . Aku pergi tanya , cikgu marah kelas kami ka ? Cikgu cakap ; Tak lah . Saya susah hati sebab soalan tak siap lagi .Aku pun ohh ja lah .Cikgu edarkan kami majalah Wanita . HAHA . Macam lawak pulak kekanak lelaki kelas aku baca wanita . Arh , biaqlah . Peduli pulak aku -.-
Kringgggg !
Okay , masa PAI sudah tiba . 'TERIMA KASIH CIKGU' .Ohkay , bila Mawi dah cakap tu , kami terus keluar pakai kasut nak balik kelas . Mawi tu ketua kelas aku . Berwibawa ka ? HAHA . Taktaulah . Tak kenal sangat . Masuk kelas PAI , Ustazah suruh Marsya edar fliers . Marsya ajak aku sekali . Haaa . Dah siap . Then kami jawab la . Sampai bunyi loceng . Kemas kemas lepastu balikk . Yahooooo !
1240 pm
Harini aku ada PDCA dekat sekolah . Kelas English pulak bakhang . Memang mengantiukk sangat ! Lepas aku sampai rumah aku terus sangkut baju,kain dengan tudung sekolah lepastu pergi mandi . Lepas ja mandi , terus tertidoq dekat kerusi depan . Bangun tu abah gerak .Dah 1430 pm dah . Aku masuk bilik . Bersiap.
Mak su ambik aku pukul 1450 . Lambat kot . Dah la kelas aku start pukul 1500 pm . Masuk ja Teacher usya aku padat jaa . HAHA . Lek sudah . Aku bwak bekal dekat Marsya dengan A A . Kek Chocolate Indulgen by Secret Recipe . Hmm , depa makan makan sampai kenyang .Disamping tu aku usya lagi FH :D
1630 pm
Kelas tamat . Balik .Turun tangga dengan FH . Oh soo sweet , HAHA . Apalah , Kawan ja . Aku salam dengan Marsya dan hugging hugging . DAN pulang . Rehat . 2030 pm kelas dekat kaliber KB pulak . Balik ja terus tertidor . Penat kot ~
Thats All :)
BABAIIIIIIIII
|